Pilih Saiz Tulisan: Pilih Warna Tulisan:
Bahasa Malaysia | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

 

/image/image_gallery?uuid=e117ad1b-9864-4af7-9aab-2df9304bb383&groupId=10131&t=1228118159912



Infrastruktur dan Utiliti

Pembangunan infrastruktur dan utiliti secara keseluruhannya tidak mempunyai masalah yang serius kecuali bekalan air. Kadar kehilangan air sebanyak 35% yang disebabkan oleh kebocoran paip telah menjejaskan sebahagian kecil kawasan di Kulim terutamanya di kawasan petempatan kecil dan luar bandar. Selain itu, masalah bekalan air juga dikaitkan dengan sistem retikulasi yang tidak menyeluruh serta tekanan air yang rendah.

Bagi kawasan-kawasan banjir khususnya di kawasan sekitar sungai, pihak kerajaan telah membangunkan tebatan banjir yang dapat mengurangkan 80% banjir di Kulim. Pendekatan kawasan MASMA oleh Jabatan Pengairan dan Saliran yang mengkhususkan rekabentuk dalam memperlahankan aliran air ke sungai adalah langkah sesuai dalam mengelak berlakunya masalah banjir. Kawasan pelupusan sampah sedia ada (mukim Padang China) hanya mampu menampung sisa pepejal hingga tahun 2010, dan perlu disediakan tapak yang baru.


Dari segi aspek utiliti, keperluan perhubungan dan telekomunikasi dianggap penting dalam menjana pembangunan akan datang. Unjuran menunjukkan, sebanyak 78,944 talian diperlukan berbanding 66,500 sedia ada dan penambahan ibusawat adalah perlu. Penggunaan sistem bekalan gas untuk tujuan domestik adalah tidak menggalakkan dan hanya tertumpu di kawasan barat berdekatan dengan Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang sahaja.





PERKHIDMATAN KAMI

 

       [ Senarai Perkhidmatan ]

       [ e-Perkhidmatan ]

KALENDAR
10 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Lagi Peristiwa
PAUTAN STAFF

  

           [ Pautan ke Webmel ]

           [ Maklumat Pekerja ]



MY ID