Pilih Saiz Tulisan: Pilih Warna Tulisan:
Bahasa Malaysia | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

 

/image/image_gallery?uuid=e117ad1b-9864-4af7-9aab-2df9304bb383&groupId=10131&t=1228118159912



Perindustrian

Pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang berorientasikan global dan eksport adalah pemangkin kepada pertumbuhan klaster industri hiliran di kawasan selatan Kedah. Dengan pembangunan koridor MSC fasa kedua menghubungkan Georgetown, Bertam dan KHTP, potensi pembangunan sebagai bandar sains dan siber ini akan mencetuskan pembangunan industri hiliran lain di Kulim. Pembangunan infrastruktur seperti lebuhraya Timur Barat(BKE) yang menghubungkan kawasan seperti pelabuhan Pulau Pinang serta kemudahan prasarana KHTP akan menguatkan lagi pembangunan industri di Kulim. Pembangunan industri di luar KHTP tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Isu seperti kurang kawalan pembinaan industri yang menyebabkan projek terbengkalai telah merugikan PBT khususnya dalam kutipan hasil tanah.

Menjelang tahun 2020, ruang lantai tambahan untuk indistri seluas 938,314 meter persegi perlu disediakan bagi menampung tambahan tenaga kerja industri. Ia memerlukan tapak seluas 93.82 hektar bagi menampung kegiatan aktivit perindustrian di KRT Kulim. Walaubagaimanapun setelah diambil kira, pembangunan industri komited, luas tanah industri yang perlu disediakan sehingga tahun 2020 adalah 31.22 hektar sahaja.

Kulim masih memerlukan kemudahan dan infrastruktur yang lebih lengkap dan canggih bagi menarik pelaburan terutamanya dalam bidang ICT dan R&D berteknologi tinggi.





PERKHIDMATAN KAMI

 

       [ Senarai Perkhidmatan ]

       [ e-Perkhidmatan ]

KALENDAR
31 Julai 2010
I S R K J S A
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1
Lagi Peristiwa
PAUTAN STAFF

  

           [ Pautan ke Webmel ]

           [ Maklumat Pekerja ]



MY ID