Pelancongan
Kulim berpotensi menjadi destinasi pelancongan kerana disokong oleh wujudnya aset menarik seperti alam semulajadi dan sumber ekonomi sedia ada. Kajian mendapati terdapat 13 destinasi utama sediada. Disamping itu terdapat 25 pembangunan komited yang dikenalpasti sebagai sumber-sumber tarikan pelancongan di mana 17 adalah cadangan destinasi baru dan 8 untuk naik taraf. Pada tahun 2004 seramai 26,280 pelancong telah berkunjung ke KRT Kulim berdasarkan 40 peratus kadar penginapan hotel sedia ada. Pada tahun 2020 jumlah pelancong ke KRT Kulim diunjur akan bertambah kepada 109,500 pelancong.
Terdapat dua jenis tarikan utama Daerah Kulim sedia ada iaitu Eko-lancong dan Agro-lancong.
DESTINASI PELANCONGAN | JENIS TARIKAN | PRODUK |
Air Terjun Sungai Sedim | Eko-lancong dan Agro-lancong | Alor/ sungai/ hidupan akuatik Kemudahan sukan jeram sesuai untuk venue acara (berakit/ berkayak arus deras) Hutan simpan/ gunung Flora & fauna Pusat kursus atau bengkel Pusat penginapan pelancong Kawasan perusahaan pertanian : tanaman (getah, buah-buahan) |
Gunung Bintang | Eko-lancong | |
Ulu Paip | Eko-lancong | Alor/ sungai/ jeram/hidupan akuatik Hutan simpan/ gunung/ flora & fauna Kawasan perusahaan pertanian : tanaman (getah dan buah-buahan) Pusat kursus atau bengkel |
Pahau | Eko-lancong | - Hutan pelajaran/ pusat R&D (tapak semaian Jabatan Perhutanan)
Pusat kursus atau bengkel Alor/ sungai/ hidupan akuatik Hutan simpan/ gunung/ flora&fauna |
Gunung Bongsu | Eko-lancong | Alor/ sungai/ jeram/ hidupan akuatik Hutan simpan/ gunung/ flora&fauna Kawasan/ peristiwa penting/ sejarah (tinggalan perang) Kawasan perusahaan pertanian : tanaman (getah dan buah-buahan) Pusat kursus atau bengkel |
Kawasan Sawah Padi Skim Sidam Kanan | Agro-lancong | Kawasan perusahaan pertanian : tanaman (sawah padi, getah) Kawasan petempatan desa Alor/ sungai/ pengairan/ tali Air/ Hidupan Akuatik Hidupan unggas/ burung hijrah |
Selain dari itu, aktiviti sukan dan rekreasi juga adalah sebahagian daripada penyumbang pembangunan pelancongan Kulim di mana kemudahan sedia ada seperti mini Stadium Kulim, Taman Tasik Putra, Chinese Recreation Club, Kulim Golf & Country Resort, dan Kelab Golf Dublin telah menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri untuk menjalankan aktiviti mereka di sini.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu dan masalah yang peru ditangani dalam memajukan sektor pelancongan Kulim iaitu :
Cabaran dan daya saing dari kawasan sempadan seperti Daerah Seberang Perai (Pulau Pinang), Daerah Kuala Muda, dan Daerah Kerian.
Pemasaran pelancongan semasa kurang meluas, cekap, dan berkesan.
Penawaran destinasi, produk dan program pelancongan sedia ada adalah terhad dan kurang daya tarikan.
Penyediaan kemudahan pelancongan yang terhad dan tidak memenuhi kehendak pengunjung atau kualiti kemudahan.
Koordinasi antara agensi masih terhad dan tiada matlamat secara bersama dalam memajukan sektor pelancongan.
Wujud tekanan keperluan pelaburan, kesediaan sumber manusia, alam sekitar da penduduk setempat dalam melaksanakan pembangunan pelancongan.